Monday, August 15, 2011

Berbuka Ramadhan ke 14 ..

Waahh, Isnin 15 Ramadhan. 15 hari juga kita dah selamat menunaikan ibadah puasa. dan secara rasminya mengikut undang-undang radio (ada ke?) maka kita dah boleh pasang lagu raya yeaaaa .. haha .. pagi tadi on the way ke opis, kemain bersemangat bila dengar lagu raya kat Hot fm. bukanlah bermakna bila dengar lagu raya baru bersemangat nak raya, bukan ye kak timah. maksud Hani, keterujaan nak sambut raya makin bertambah. hati pon berkobar-kobar nak meningkatkan ibadah dalam Ramadhan yang mulia ni. malah sedih juga bila mengenangkan bila Syawal makin hampir maka Ramadhan akan pantas meninggalkan kita. inilah Bulan Mubarak yang memberi kita peluang untuk mempertingkatkan ibadat dan amalan, insyallah.

lagi 2 minggu kiranya kita akan menyambut Syawal. memang masa pantas berlalu. jangan dilupa zakat fitrah. tugas kita sebagai isteri, ingatkan suami agar dia tidak lupa membayar zakat fitrah di kaunter-kaunter zakat yang banyak dibuka malahan di shopping mall, di Petronas, di Giant malah di merata-rata tempat ada kaunter zakat ni. kalo ke masjid atau surau sudah semestinya ada. jangan lupa tunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah walau kita sibuk nak shopping sampai lebam biji mata sekalipon.

mana yang dah dapat bonus tu, hati-hati kala bershopping, jangan sampai anak hilang plak. leka bershopping anak ntah ke mana. lagi satu, kalo setakat nak beli barang-barang keperluan selain baju, kasut anak, tak payahlah bawak anak kecik ke shopping mall. sebab tempat tu sesak, kesian anak-anak kecil yang kena heret dek mak pak yang sebok nak shopping langsir, cadar atau pinggan mangkuk raya. melainkan nak beli baju kasut tu takpelah bawak sekali. selain dari itu silalah tinggalkan anak anda kat rumah, ngan maid ke nenek dia ke atau bbsitter. janji tak usah bawak ke mall, dah la tempat tu sesak, budak-budak pon tak selesa.

apalagi nak bebel? ada 15 hari lagi nak membebel so takyahlah panjang-panjang ari ni. kang marah plak orang hehehe. jom citer pasal menu semalam. ye semalam akak masak. giler ko tak masak dah 2 hari berbuka kat luar, big boss dah bagi hint suh masak. so kena taat perintah ye puan-puan. dah la hubby banyak membantu kerja-kerja kat rumah minggu ni so kenalah amik hati dia. bukan amik hati dia dalam badan tu haha amik hati jaga hati la konon okehhh ..

ahad. lepas sambung kerja umah dari malam sabtu sebelumnya, kami berehat ajer. lepas pukul 2 petang baru kuar. nak cari barang dapur sket. pastu nak beli barang-barang basah sket. tatau nak masak apa lom ada idea sampailah ke Econsave baru tau nak beli apa. malas nak ke Giant sebab tak plan nak beli barang2 kecuali sedikit barang-barang basah je, tak berbaloi plak kan so ke Econsave ajer la. pon ramai gak orang.

last2 nampak udang besar @ rm18.99/kg. terus amik plastik and pilih-pilih. pastu amik asparagus plak. tak penah masak tapi teringin sebab nampak lam program masakan kat tv dulu, macam senang jer masaknya. okay campak 2-3 barang, buah-buahan, air tin dan makanan Alya. bayar terus balik. giler sekejap jer kat sini. sebab dah pukul 5.30 masa ni, kang nak singgah beli santan plak kat kedai acheh kat umah.

keletang keletung kat dapo. hepi masak kat dapo yang dah bersih dah ditukar baru hehe okaylah baru hepi nak masak kann?? walau masak sempoi jer ada aku kisah? janji bersih. eh kalo akak masak sempoi ni ada ke yang kisah? takkanlah masak sempoi pon ada yang dengki? hishhh giler ke apa hehehe. bagi yang tak sempat masak masa hari bekerja tu, cubalah sediakan bahan-bahan seperti bawang, cili, halia yang dah diblend siap-siap. macam akak masak sket jer so bahan-bahan pon sket and sempoi takdelah susah payah masak berjam-jam dapo tu. yang penting bersih, sedap dan berkhasiat yer puan-puan.

semalam akak masak gulai udang berserai. masak lemak cili api ofkos. sedap? tatau la tapi hubby tambah 3 pinggan. sedap la kot. hehe. ni masak pon senang. bahan-bahan pon sket jer. cili api, serai, kunyit, santan. campak-campak lam periuk dah masak. giler senang.

ni asparagus goreng ngan udang. akak ni selalu takde rezeki nak beli udang kapas tu. susah betol nak jumpa. kalo ada udang kapas tu lagi sedap kan? takpelah guna jer udang yang kecil nih. sedap jugak jadinya.


pastu akak goreng mee. mee ni kegemaran anak dara akak tu, Alya. buat pon tak pedas so memang budak-budak bleh makan. feveret anak kan? kesian plak dia nak makan gulai yang pedas sket tu. takpe Alya mama tak kisah masak mee walau jemu tapi happy tengok Alya makan berselera.

wah sambil makan sempat paling belakang tengok tv. selalunya Alya santap dulu sebelom time berbuka. so that time dia takdelah mengacau atau terjerit pekik nak itu ini.

and, tak lupa juga air special nih. ni resipi dari emak Hani. tatau mana dia dapat atau tiru kat mana-mana tapi Hani memang suka sangat minum air ni sampai kembong perut hahaha. bahan-bahannya, laici, fruit cocktail, aiskrim soda, susu cair dan sirap. fuhhh maveles okay jangan amalkan giler heavy nihh .. sesekali hokayyy ..

burppp alhamdulillahhh .. hari ni pening lagi nak mikir menu apa. jumpa lagi esok kalo rajin snap picas bleh la tengok menu apa Hani masak. selamat memasak!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...