Thursday, August 11, 2011

Berbuka Ramadhan ke 10 ..

Alhamdulillah, kita dah berpuasa hari ke 11. sekejap je kan? lepas ni mesti lagu raya akan berkumandang kat radio. syahdunya dengar terutama time balik keje hehe. pastu mula le dok kira bajet raya. bagi orang gomen, mereka dah dengar good news tentang BONUS. tak kiralah minima rm500 atau setengah bulan gaji, Alhamdulillah ada rezeki mereka. macam Hani plak yang bekerja dengan company GLC ni, susah nak cakap. cuma berdoa jer la mana tau management baik hati bermurah hati kesian kat kami terus bagi advance sebulan BONUS aminnn .. sebab BONUS selalunya masuk September. tu yang takleh harap sangat. (mana tau Dato' Bakke baca entry ni, silalah announce BONUS kat kami ye Dato' hihi) ..

bajet raya termasuk ler kuih raya, duit raya, baju raya. fuhh berpinar mata tengok list, berderet menunggu duit nak bayar nanti. kalo takde saving, nak harapkan gaji bulan ni jer memang bengkok ler gamaknya. tapi takpe, kita beraya ikot kemampuan. jangan le order kuih sampai 30 jenis, memang melampau tu kak kiah. macam Hani, memang order kuih raya dari penjual yang dah biasa kita beli. memang dah tau kuih dia macam mana sedapnya, berkualiti. harga pon berpatutan, cuma tahun ni ada yang naikkan rm1 pon maklom sebab barang semuanya naik harga kan?? tu pon order untuk rumah sendiri, rumah mak & rumah mertua. kena adil. pandai-pandailah nak bahagi camne. yang penting tidak membazir okeh ..

lepas kuih raya, baju raya plak. tahun ni Hani ada rezeki ke Bandung, Mac lepas so beli kain cotton di sana. ada 5 pasang + 2 pasang untuk Alya. ni pon kena pandai strategi. hantar ke taylor seawal bulan 4 lagi selepas balik dari Bandung. minta taylor siapkan sedikit demi sedikit so takdelah amik sekaligus time nak raya, giler pitam nak bayar rm40 sepasang kan? alah baju raya ni nampak banyak tapi nanti jadi baju keje plak tu yang buat berpasang-pasang.

duit raya plak, Alhamdulillah tahun ni ada rezeki lebih jadinya kami suami isteri dah niat nak bersedekah. lebihlah sedikit dari tahun-tahun sebelumnya. bolehlah tukar duit raya tu lebih sket. suka tengok kanak-kanak riang dapat duit raya. aminnn ..

persiapan lain? nak cat umah tapi tatau bila. ke lepas raya? hehe. wahh semangat betol kalo citer pasal raya kan. seronok. korang macam mana persiapan? dah mula buat kuih ke? pastu mula fikir resipi nak masak di pagi raya plak huahuahua.

citer pasal masakan, semalam Hani masak kari ikan siakap. dah pening mikir nak masak apa. pusing sana pusing sini. dah cakap kat hubby nak berbuka di Pizza Hut jer tapi dia takmo plak. suruh juga isterinya masak awwww .. ai masak sedap ke bang?? hehe

hubby suruh beli ikan siakap. masak apa tak kisah. so ai sebagai Chef ada kuasa veto terus masak kari. mula tu nak masak kari ayam tapi hubby takmo tu yang suruh beli ikan. tak kisahlah ayam ke ikan ke janji kari hokayyy akak dah teringin sangat nak makan kari nihhh ..

so kari ikan siakap, sayur campur, singgang ikan kembung. ada goreng hati yang dipanaskan semula, sayang nak buang hehe. meriah betol menu semalam. pastu ada ikan sepat masin. fuhhh memang sedap makan panas-panas. hubby singgah jugak bazaar ramadhan cari kuih kegemaran dia, kuih akok. pastu beli murtabak dan roti jala kegemaran isterinya (bodek amik ati bini yang penat masak huahuahua). pastu buat le air oren sunquick 1 jug besor. Alhamdulillah ..

ni ikan siakap, size tak besar tak kecik sekor rm12/-. ok le kan??

ni sayur campur. nasib baik hubby dan Alya nak makan sayur ni kalo tak akak jer la tukang perabih macam kambing jer kan suka sayur2 nihh ..

ni hati goreng kicap semalam punya. panaskan elok lagi sayang kalo tak makan, membazir ajer.

ni singgang ikan kembung untuk Alya. letak nasi, letak kuah banyak-banyak memang dia suka.

ni la hidangan berbuka hari ke 10 kami semalam. alamak gambo gegar plak maklom nak buka dah hehe. asal buka jer mula la ngendeng encek Canon ke meja. sebok nak berbuka sebok nak snap picas, jakun tak akak? hehe

1 comment:

ikatankasihku said...

puasnya dpt masak utk family ek...
tunggu bonus yer, sabar2 hehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...