Tuesday, August 23, 2011

Akak tokei kerepek bawang comel ..

Salam Ramadhan ke 23 .. dah bape hari tak update blog ni. masak tetap masak tapi tu ler, kesibukkan yang buat terbatas nak on lappy nak update segala mende.

Sabtu lepas berbuka Hani dan hubby serta Alya balik ke kampung. tujuan nak amik kerepek bawang yang Hani jual. yer, tak sangka tahun ni adalah tahun ke 7 Hani jual kerepek bawang. dari beberapa kilo hinggalah mencecah lebih 100kg, ya Allah macam tak percaya.

ikutkan tahun ni memang tak plan nak jual kerepek bawang cute mute sebab ramai kawan-kawan ofis dah pindah ke bangunan baru nun jauh di Oasis, Ara Damansara. tapi disebabkan permintaan yang begitu tinggi and kawan-kawan luar pon ramai yang order so tahun ni Hani jual juga. bukan nak sombong atau poyo tapi betol, nak mikir macam mana nak hantar ke tempat yang agak jauh rasa macam tak berbaloi tapi bila fikirkan kawan-kawan yang setia order selama 7 tahun ni, Hani rasa seronok sangat nak terus menjual kerepek bawang every raya. so itulah sebabnya minggu ni busy sungguh, nak distribute kerepek ke serata shah alam. alhamdulillah Allah bukakan jalan rezeki untuk Hani sekeluarga raya ini. ada juga rezeki raya yang boleh dikongsi dengan keluarga, aminn ..

Ahad dah balik ke shah alam semula. balik sebelum berbuka, mak dah masakkan siap-siap lauk untuk anak kesayangannya dia ni sebab dia tau nanti sampai dah lewat mana sempat nak masak bagai hihi. tengkiu mak sebab support anakmu ini. mak masak ikan patin tempoyak. sedap. maveles mak. love mak. hihi.

nampaknya kalo serius nak berbisnes kenalah tukar kete besor sket hehehe kan bang. tapi alhamdulillah semua order dah selamat dihantar and yang extra stock pon dah abis dijual. alhamdulillah, aminn .. hilang penat lelah dari kampong angkut kerepek ke sini. berbaloi.

tahun depan insyallah Hani nak promo kerepek ni lebih luas lagi. sebab 7 tahun berjual di ofis, kawan-kawan rapat sahaja tapi sambutan memang menggalakkan.

ni masa baru sampai dari kampung terus ke ofis, loading semua kerepek sebab kereta dah sarat sangat. gila lebih 70kg nak letak dalam kete? ranap kete den. hujan tu, sian kerepek hehe.

inilah kerepek bawang cute mute akak. akak jual sekilo rm15/kg. 1kg ada 2 pek. kiranya 1 pek tu ada setengah kg. memang makcik buat 1 kg 2 pek. comel kan? oh ya harga tu maintain dari 2004 lagi yer. next year baru naik harga. yelah dah 7 tahun maintain kan?

kerepek bawang ni special sebab dibuat dalam size yang kecik. bukan kerepek bawang yang sekeping besar tu. kecik senang masuk mulut and tak membazir pon. comel and cute. itu ramai yang minat kot hehe perasan.

ekekke pinjam kotak ofis sementara loading nak distribute ke customer. alhamdulillah ari ni dah settle semuanya. untung bleh shopping yeahhhh ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...