Wednesday, July 6, 2011

Imbas kembali hari teristimewa ..

Hemm .. kalo ikotkan 4 tahun lepas, ari ni kira ari Jumaat. tengah sebok siapkan hantaran. sebok pasang kelambu sampai akak jatuh tangga huahuahua. sebok pakai inai di jari. orang kampong sebok masak. sedara-mara sebok membantu apa yang patut. ada gak tukang sebok yang tatau nak buat terus menyebok selidik bape hantaran, apa barang kemas buat batal air semayang, hantaran bape puluh dulang huahuahuahua (jangan tatau orang spesis macam ni memang wujud hokayy) ..

memang meriah you almaklom akak ni anak perempuan tunggal bukan tunggul yer kak limah. seminggu before majlis rumah akak dah meriah ngan orang datang bertandang. nak kopek ikan bilis pon dorang datang tolong tau. seminggu rumah sentiasa ada orang sampai pintu pagar pon biar melopong jer terbukak takyah tutup-tutup huahuahua. makan pon best jer sebab hari-hari sentiasa makan ramai-ramai, berselera walau nasi putih ngan gulai nangka goreng ikan masin. giler sedap kak limah.

spoiler jer dulu ekk .. pepandai la korang imaginasi ke mendenya yang akak beria tulih atas tuh. tapi nak bagi tau juga, sempena hari keramat ni bukan taman keramat tau huahuahua takdelah akak dapat beg elvi ke jurulatih ke meow meow ke hatta cenel ke. tapi kalo dapat memang akak pengsan dulu huahuahua. akak takde hint atau hon pon asben nak itu ini. walau akak nampak lam henpon blekberi beliau ada reminder untuk date esok, 7.7.2011. (sukanya akak sebab asben tetap sudi tulih lam henpon beliau, tanda beliau ingat la kan) terharunya akak. giler kesian, baru laki tulih reminder dah perasan abih cinta mati huahuahuahua.

okay la tengah siapkan kad buatan tangan sendiri. nak beli rasa membazir plak. guna jer segala kreativiti sendiri pastu dengan rasa tak bersalah amik jer segala kertas warna-warni harta company buat special card untuk asben terchenta (buruk perangai kan?). eh buat sendiri lebih afdhal hokayy. kalo beli rasa macam tak puas ajer. dah la kad jual kat Memory Lane giler mahal harga membunuh sekeping sampai 14 hengget. baik makan mekdi huahuahuahua.

eh membebel sampai bateri akak dah lip lap lip lap. lappy lom pulih sepenuhnya, still ada virus. tunggu doktor it balik dari cuti baru repair abih. okay jumpa esok. doakan akak dapat hadiah best ek. paling best dapat suprise. jangan suprise yang buat akak sakit jantung sudah la yer.

esok, hari istimewa buat akak dan abang. tak sabar nak tunggu. tunggu apa? entah tatau. takde apa pon tapi nak tunggu juga (tak malu harap suprise laki sendiri huahuahuahua). eh akak dah beli hadiah kat asben ke? uwaaa akak takde beli apa pon tapi harap-harap asben belikan hadiah. spoil kan? huahuahua bini sapa la nih kedekot ya amat??

spoiler kot ler korang nak tau .. huahuahua .. syahdu nih.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...