Thursday, July 7, 2011

07.07.2011 .. 4yrs ..

Salam penuh kasih sayang, salam kebahagiaan ..

Alhamdulillah, hari ini genap 4 tahun perkahwinan kami. 4 tahun menyulam cinta. 4 tahun penuh warna-warni kehidupan berumahtangga. ada kisah riang-ria, ada kisah sedih syahdu, ada kisah teladan, ada rasa bahagia, ada rasa duka, ada rasa kecewa, ada rasa penuh cinta. Ya, warna-warni kehidupan kami sekeluarga. bohong ler kalo nak mengaku bahagia sentiasa 4 tahun ini. hidup kita bukan seakan drama Nora Elena huahuahua.

Alhamdulillah, 4 tahun pertama yang berjaya ditempuhi. Kesabaran, kecekalan, keredhaan, kasih-sayang. itu yang menjadi intipati kehidupan Hani dan suami, Azhar. bila gembira, dialah yang turut tersenyum disisi Hani. bila terluka, tangan dialah menyapu airmata yang luruh di pipi. ya, saling menemani. kala berbalah, campak jer beg ke luar rumah hihihi opss gurau jer.

Kami kenal tak lama. Malam Maulidurassul 2005, 20.04.2005. saling jatuh cinta pandang pertama. 25hb September 2005, Azhar dan keluarga datang merisik. bawa bersama sebentuk cincin risik. sungguh bagai dikata, kalo cinta tak perlu tunggu lama. eksyen tak ayat nih? huahuahua ..

Kami bertunang tika bulan Syawal 2005, 19.11.2005. sungguh meriah. mungkin sebab Hani anak tunggal.

cincin tanda ikatan pertunangan. lambang cinta dua insan. opps baru bertunang takyah ler perasan lebih-lebih huahuahua ..

hantaran pertunangan warna pink lam kotak plastik huahuahua. sungguh kampung ekekeke. nak buat cemana dah itu jer popular time tu. takde lagi dulang emas huahuahua.

comel kan akak? comel macam pau gebu kak jenab tanjung malim ekekke

majlis hantar belanja kawen. banyak sungguh majlis yer. tu ler sapa suh pilih orang negeri huahuahua. maybe Hani anak tunggal or negeri kami masih mengamalkan adat Perpatih jadi semuanya mengikut adat dan turutan. takpe, yang baik kita ikot, yang buruk kita tinggalkan janji tidak melanggar syariat Islam, Insyaallah. banyak duet kuar nak bjuat banyak majlis isk isk isk ..

majlis hantar belanja kawen pon ada iringan buah tangan dari pihak lelaki. dalam album tu sebahagiaan duit hantaran. time tu okay lagi, belanja kawen pon biasa jer takde le gempak 50 ribu kak limah oiii .. nak cakap ke bape duit hantaran? kang dikata riak plak. ke ciput jer? RM7, 777.77. konon ler nak nampak cantik kan kak? mana bleh kalah ngan orang huahuahua. eksyen lagi

Hani bukan sengaja pilih tarikh kawen yang kononnya cantik giler tu tapi berangan nak kawen on my birthday (8.2). masalahnya emak cakap orang ni kawen, orang tu kawen jadi kena tunggu turn maklom orang kampong ada mesyuarat kalo nak buat majlis sebab gotong-royong nanti. pastu pilih cuti sekolah bulan March, pon ada orang kawen. bulan Mei pon ada. abis aku nak kawen bila nih? tak kira, ada ke takde ke orang kawen akak tetap nak kawen bulan Julai. so dah alang-alang pilih bulan 7, apalagi boleh ler eksyen nak date 7.7.2007. alhamdulillah tok penghulu kabo takdek lagi orang booking date tu so yahooooooo .. Majlis nikah pada Sabtu, 7.7.2007. berdebar kooo .. bertunang ujung 2005, 2006 kumpul duet akhirnya 2007 akak kawen. yeaaaaaaaa .. memang meriah majlis perkahwinan kami. hampir 2000 tetamu hadir, alhamdulillah hampir semua yang dijemput hadir meraikan majlis kami. maybe antara faktornya ialah;
1. Hani anak tunggal perempuan
2. takde majlis kawen selain majlis Hani
3. hari tak hujan huahuahua

Alhamdulillah .. syukur kepadaNya dengan sekali lafaz akad, kami sah sebagai suami-isteri. memang syahdu tika ini tatau nak explain cemana. dah tu lama tak jumpa Azhar sebab dia sibuk outstation, last jumpa masa majlis hantar belanja, memang nervous la, rindu pon ada hikhikhik dah bleh start gatai merenyam huahuahua. dada dup dap dup dap. giler nervous. syukur sangat-sangat. Allah permudahkan majlis kami, doa tidak pernah putus-putus ke atasNya aminnn ..

fuhh siap posing cam hindustan ekekke .. masa ni dah popular la shoot outdoor bagai kan. so sempat la merasa nak baring terlentang kat ataih rumput kat Istana Seri Menanti (kot ada tahi lembu tatau la ahahaha) .. merasa la nak lari-lari ala ala Kajol SRK huahuahua .. best betol kawen ni. semua orang tengok jer, tatau la ngumpat apa lam hati huahuahua. best syok sume ada. giler perasan huahuahua

hishhh giler masuk magazine akak kau nihh huahuahua .. perasan habis dah nih huahuahua .. bila lagi kan kan kann ..

ye, penuh warna-warni sebagaimana indahnya majlis kawen kami. hidup berumahtangga ni bukan main petik jari jer. perlu pengisian sebab cinta itu penuh dugaan. datang dan pergi. untuk mengekalkan perkahwinan, pengisian penting. tapi adakalanya kita gagal mencari pengisian itu. doa Hani moga perkahwinan kami penuh keberkatan. biarlah hidup sederhana tapi kami saling mencintai, saling menyayangi seperti jumpa kali pertama. ye, kami jatuh cinta pandang pertama.

doa Hani juga, semoga perkahwinan kami kekal. tidak mahu melamun yang indah, cukuplah dengan apa yang kami ada sekarang. bahagia kami makin bertambah dengan kelahiran Alya Nur Zahra, permata hati Hani dan Azhar. Ya Allah terima kasih atas kurniaan tidak ternilai ini dan menjadikan kami insan terpilih dalam menerima kebahagiaan di dunia ini dan kami tidak lupa mencari kebahagiaanMu di akhirat jua insyaallah aminnn ..

Abang, terima kasih kerna menjadi suami yang baik, berusaha menjadi yang terbaik untuk ayang. bukan sekadar meluah janji apatah ikrar tanda setia namun abang tahu cinta ini tetap dihati, tetap membara hari demi hari. Love you ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...