Wednesday, June 29, 2011

Family Day ..

Salam ..
lamanya tak update kan? ada ke readers yang singgah jengok blog akak ni, tertanya-tanya takde ke entry baru? ada ke? kalo ada terharunya. terima kasih ye sudi jengok blog ni walau Hani tak update.
dah dekat bape minggu lappy Hani kena virus, semalam ada le pakar IT dok tolong tengokkan tapi belom abih update lagi, kena reformat tapi hari ni try on lappy, ok plak. petang nanti baru sempat nak anto kat pakar IT tu. wah pakar IT, macam sakit teruk ekekke. yelah dah kena virus, nak log in internet langsung x boleh. semalam kawan IT tu try scan virus and abort barulah boleh sket tapi still kena reformat. sementara boleh on ni, Hani nak update mana yang sempat. rindunya nak berFB, update blog, blogwalking hahahhaha giler rindu hokkayyyy ..
aktiviti macam biasa, walau lappy rosak takde le bermakna hidup tak diteruskan ye kak limah. akak tetap keje macam biasa, uruskan Alya dan rumahtangga. tapi hilang le satu nikmat sebab internet takde kat rumah. kat ofis takyah citer, PC macam bengong jer. internet slow, nak loading kena tunggu berjam-jam. memang kena keje jer la gamaknya seharian takleh huahuahua ngan internet. bengong kejap.

2 minggu sebelom ni ada Family Day kat Bukit Kiara Equestrian Club, 18.06.2011, Sabtu. jom tengok gambo sekeping dua ke lebih hehehe
punyalah beria nak merebut early bird voucher, kul 6 dah terpacak kat Bukit Kiara nih. giler awal. subuh pon kat sini hahaha. walhal voucher Parkson bernilai RM50 hengget ajer. giler betoi hahaha. tak penah-penah akak buat camni tau. tambah plak dapat member sekepala yang weng turut sama lagilah wenggg hahaha
tengok, kaunter kat bawah khemah pon belom bukak lagik, gelap jer lagi. hantu pon gelak jer tengok kitaorang agaknya kehkehkeh

registration start pada pukul 8 pagi. dalam 2 jam nunggu tu takde lah terasa sangat sebab seronok tengok kuda. yelah dah kebetulan buat kat Bukit Kiara ni kan, nampak kuda ajer la. jakun le budak2 ni tengok. pastu makin ramai staf and family sampai. semua nak rebut voucher le tu hihi dorang tatau nilai voucher tu bape, aku plak sebab member yang handle voucher ni dah bagi tau siap2. mula tu berangan konon rm250/- sekali dia inform rm50 jer, ok la tu sapa nak bagi free rm50 kan?? ada ke? kalo ada bagi akak yer hihi

lepas jer register, terus gi khemah untuk breakfast dulu. kali ni Hani pegi dengan kawan ofis sebab hubby keje hari Sabtu, takkan dia nak cuti semata-mata sebab family day kan? takde makna haha. so anak kawan ada 3 orang, geng la ngan Alya, seronok aku ada helper hahaha takyah nak penat-penat kejar Alya hhahhaa


lepas breakfast, ada opening oleh Datuk Ahmad Bakke, Pengerusi Sime Darby Berhad. aku malas nak ke stage utama sebab sedap ngurut kaki masa ni, Alya plak tido sebab bangun awal giler ari ni, kul 4.30 pagi youu .. nasib baik sangat2 sebab bawak stroller dia, takde susah-payah akak nak mendukung dia ke hulu ke hilir time tido. giler, ingat tak penat ke? ngan maknya nak berjimba kang, payah plak kalo tak bawak stroller. nasib sangat dia nak dok dalam tu. lena sungguh. aman sket akak nak mengurut kaki. sedap wehh .. free plak tu akkaka.

dalam kul 10 pagi dah start telematch. akak masuk fire brigade ngan tarik tali. eh apsal asal tarik tali jer muka akak? takde orang lain ke? ke sebab akak debab? ekekkeke fire brigade menang hokkay, juara. fire brigade tu benarnya permainan penuhkan air dalam baldi kehkehkehe beriya sangat nama fire brigade macam bomba la konon yer hahaha. tarik tali nombor 2 yer, okay la kan dari takde nombot hahaha

ni team Earth, kaler hijau. tapi sebabkan t shirt akak tersalah size, makanya cuma sampai kat leher jer la ahahhahaha janji ada hijau kauuu .. menang gak kan??

nampak tak akak yang comel? tak nampak? bagus, kecik ler akak tu ahaahahha

ni Alya baru bangun tido time akak tengah sibuk berjimba tengah padang. ramai le babysitter tak bergaji suh tolong tengokkan. dia okay jer, mood baik tak meragam. bagus anak mama. boleh bawak ke majlis kekekke

lepas game, bawak Alya ke nurseri sebab nak bagi susu. baguslah organizer ni, siap bagi satu khemah yang complete ngan aircond, sofa, water dispenser, meja, sofa. memang selesa sangat untuk ibu-ibu yang bawak anak kecil untuk menyusu, tukar diapers atau buat susu. and, kids bleh main-main dengan lego, ada books. ada LCD beso gedabak kot dorang nak tengok kartun. wahhh selesa sampai akak pon terlelap dalam ni. ekekkee

lepas tu bawak Alya gi main plak. ala tak banyak pon permainan yang sesuai untuk dia. yang utamanya akak ni pemalas nak beratur panjang tengah-tengah panas tu hahahaa. so bagi le dia naik pelampung bentuk itik dalam air ni. dia okay jer, mana tau komplen lebib-lebih kang mamanya ugut ajak balik akakkaka

dah queue dekat setengah jam baru turn Alya dapat naik menda alah ni. aku siap cakap kat budak yang jaga tu, suh dia peratikan and tolong tolak kalo Alya tak reti pusing stereng. kesian dia, muka blur jer. haha

masa masuk tu okay lagi, dia macam nak main la kan. tapi tengah-tengah terapung mende tu dia start masukkan jari dalam hidung dia. eh apasal budak nih? aku jerit le tanya nape Alya? dia diam jer. blur takyah citer rasa nak gigit jer tau. malu akakkk .. ko tengok ler budak sorang ni, asik le korek hidung. sampai ke sudah kooo ..

hiii geram akak tau, rasa nak cepatkan ajer jam biar Alya abis main mende tu. yelah dia diam jer sambil masukkan jari lam hidung, macam takde apa. hiiiiiiiiiiii bila dah abis cepat-cepat akak gi amik dia. pastu sibuk tanya nape dia buat macam tu? rupanya hidung dia berdarah sket sebab tercucuk jari kot. patutlah dia sebok masukkan jari lam hidung agaknya terasa sakit kot. hiii macam-macam. yang maknya macam cacing kepanasan tengok anak takde respon main mende tu. hihi

pastu akak plak gedik-gedik snap picas ngan menatang nih. kebetulan lepas amik air nampak sekor ni lalu, cepat jer suh Kak Nana snap. sesekali kan. gedik nak mampus kalo laki akak tau mesti dia kata ntah apa-apa mama Alya ni hehee

dalam kul 3 petang ada show. oh ya lupa plak nak citer host kat Family Day ni Adibah Noor. artisnya Dayang Nurfaizah, Anuar Zain & Amy Search. aku takde la teruja sangat maklom dah tua-tua camni tak koser le nak terkinja-kinja depan stage tu. siap makan mengulang lagi kat bawah khemah baru le gi depan stage. tu pon sebab ikot program, grand prize lucky draw announce around 3pm. sekali lambat plak. kena abiskan turn dorang nyanyi dulu. so layan jer la Anuar Zain. not bad. eh apsal company aku asik invite dia jer? ada sign kontrak mati ke? hahahha tu yang tak excited sangat kot.

lepas tu Dayang. dia nyanyi lagu dari album terbarunya, tak silap title Cahaya kot. cahaya apa tatau la, mentol ka lilin ka hahah yang pasti time ni tengah panas terik youuu .. rimas akak. camne nak feeling kalo tengah panas? layan jer la.

haaa Anuar nyanyi ke Dayang nyanyi ke Amy nyanyi ke Alya pedulik haper??? dia lena jer tido dalam dumdamdumdam kuatnya sound. memang selamba anak aku ni, tak peduli kot le bom meletup ke dia tetap tido kalo dah ngantuk sangat. yelah dah berlari satu padang tak hingat maknya terjerit terpekik penat apalagi tido ler. sayang anak mama, behave sangat-sangat. tak meragam, tak merengek. berlari tu takyah citer la, dah namanya budak-budak kan? kang tak berlari, tak aktif plak maknya risau plak kot anaknya something wrong somewhere huhuhu

okeh, sekian karangan 1200 patah perkatan mengenai family day company akak yer. suka tak? tak suka ignore ajer la hihi

1 comment:

ikatankasihku said...

hahaha, leka tgk dia korek hidung....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...