Thursday, June 9, 2011

Ahli keluarga baru ..

hihi macam poyo jer title kan? ada le kang tu meneka akak ko nih mengandung. ekekke belom mengandung lagi yer puan-puan. mengandungi lemak iyer, benar. pasti. kahkahkah. okay serius, belom lagi yer kalo ada yang meneka tuh. silap tekaan kamu.

seperti yang readers tahu (kot ler baca entry before ni) akak nih suka mengumpul bekas makanan jenama Tupperware. bukan tipuwer hokayy .. ni bukanlah entry riak ke menunjuk ke takde niat sume tu. cuma nak berkongsi hobi. hobi berfaedah. akak tak mampu nak kumpul henbeg ke kasut ke yang mahal2 so kumpul ler bekas makanan. tapi hobi ni berguna sungguh. asal nak tapau jer, bukak almari amik bekas yang sesuai terus bubuh lauk or makanan dalam tu, terus bawak bekal. kan senang gitu.

Tupperware ni takyah citer panjang-panjang, ramai orang tahu kelebihan yang ditawarkannya. bukan setakat bekas makanan yang berkualiti, boleh digunakan untuk memanaskan makanan. macam akak ni suka makan maggi kat opis (kalo nak jimat atau duit tak ramai hihi) so kena standby satu Tupperware untuk digunakan masak maggi. cepat dimasak, mudah digunakan huhu.

en entry ni takde penaja so takyah la citer panjang-panjang kekeke cuma nak share Tupperware yang baru disambar hari ini. rasanya skang ramai dealer sedang buat jualan murah-murahhh. lelong pun ye jugak kot. memang murah dan berbaloi. akak pon rembat ler 3 Tupperware nih. kali ni kaler hijau youuu .. hijau epal. sungguh comel.

ye walaupon akak simpan dalam almari, tidak bermakna akak tak guna yer puan-puan. bukan sekadar hiasan yer. akak memang gunakan ia untuk bawak bekal tak kira ke opis ke, jalan-jalan ke atau bekal untuk hubby. malah Alya pon ada Tupperware minuman yang dia cukup suka sebab colorful. so memang sekeluarga gunakannya. takde membazir yer.

then, dah namanya hobi so beli le sket-sket time ada sale. giler nak beli sekali banyak, lainlah kalo tengah jalan tersepak karung duet keekke .. kecuali akak dah berkenan sangat, nak jugak time tu takyah tunggu sale, boleh jer share ngan kakak-kakak kat opis ni. dorang lagi banyak collection sebab dah lama berkecimpung, akak jer baru nak mula.

hokayyy sila lah cuci mata .. kalo anda berminat, silalah ke stokis Tupperware berdekatan. kat FB pon ramai online seller yang menjual Tupperware dengan harga berbaloi. yang hani ni dapat ni memang harga murah giler sebab kakak yang jual tu ada kedai sendiri so dia ler yang buat sale lelong lelonggggggggg .. hihi giler murahhh ..

owhhh akak suka sangattttt .. lepas ni nak cari canister plak. owhhhh mimpi datang lagi .. ekekke

ye, masih belom banyak Tupperware akak yer kalo dibandingkan dengan orang lain tapi akak peduli apa, akak nak tayang jugak hihihi lepas 2-3 bulan lagi sure penuh almari ni, kot le ada sesi lelong lelongggggg lagi dan lagi dan lagiiiiiiiiiiii .. giler ahhh kalo dah minat ni kan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...