Monday, May 2, 2011

Jalan-jalan cari makan ke Melaka ..

Ahad. pagi dah start mendung. lagi sedap tarik selimut. kalo kat kampong ni, memang sejuk sungguh. macam dok kat Cameron ajer. Alya bangun awal, gi ikot uwan bukak pintu reban ayam ahaha. Alya kalo balik kampong memang suka ke belakang rumah. kena perhatikan dia takut masuk lam reban ayam plak kang sebab masa balik bulan lepas, dia bantai susun toys depan pintu reban ahaks. dia nak masuk agaknya tapi pintu reban tu kecik so tak muat le hahahaha. kelakar kalo tengok gelagat dia mengacah ayam-ayam uwannya. memang seronok betol dia.
bangun tido je tengok-tengok dah ada nasi lemak atas meja. magik betol kan? magik la sangat .. hahaha dasar pemalas betol, aku ni nama je dah jadi mak orang tapi masih ditatang manja oleh emak. tu yang sayang sangat kat mak. bangun je sume dah siap hihihi thanks mak. lagilah suka balik kampong selalu ahaks. kampong laki jauh benor gamaknya hahaha jangan marah bang ..
pastu sambil bekpes, borak-borak ngan mak. tatau nak ke mana. nak bawak dorang jalan-jalan tapi cuaca mendung ajer. sambil tu sms Maya, kawan kat melaka. ada plan nak ke sana tapi belom confirm. kebetulan maya kata nak piknik kat Pantai Puteri. so Hani pon ajak mak ke sana. siap-siap apa yang patut, angkut barang-barang then terus gerak. sampai Melaka dalam kul 12 tghari. jalan sesak, maklom cuti.



sampai Pantai Puteri yang terletak di Tanjung Kling, Melaka. lepak-lepak sambil tengok budak-budak main air. Alya masa ni baru bangun tido, mood belom datang hihi. lepas tu baru le dia ok, makan kopok sambil tengok ada sekor kucing yang berkeliaran kat situ. Masa ni Farish, anak Maya tengah main air kat tepi pantai. Alya perati dari jauh ajer. mama malas nak bawak ke gigi air kang dia histeria plak nak mandi hihi. cuaca dah mula panas masa ni. tapi angin bertiup sepoi bahasa. sedap juga landing tepi pantai sambil makan nasi gulai ikan. wahhhh .. berselera koo ..


lepas dah siap makan, sembang-sembang sebab Maya pon bawak mak dia so geng la ngan mak Hani. kita org plan nak ke Bandar Hilir plak. harap-harap tak hujan le. tapi sepanjang perjalanan yang agak slow sebab jem, hari dah start mendung. masuk ke bandar Melaka, hujan gerimis plak. waaa kena tukar plan gamaknya. Maya ajak singgah ke Kampong Morten, perkampungan melayu melaka. masa ni hujan gerimis.


ini salah sebuah rumah melayu tradisional melaka yang kami singgah. tak silap Hani, tuan rumah merupakan sedara kepada suami Maya (Maya, ampun ek kalo silap info). memang unik kerana rumah ini diperbuat daripada kayu tanpa menggunakan sebatang paku. senibina melayu memang jelas apabila melihat ukiran di setiap inci rumah ini.


ini sebahagian hiasan di halaman rumah. ada la 2-3 ekor itik hiasan yang buat Alya histeria nak terjun ke dalam kolam kecik tu hihi .. leka dia dok sini since sampai jer. tak beralih langsung. memang cantik hiasan ni.


ini pula replika rumah melayu tradisional yang terletak di halaman sebelah. comel kan?



yang ini pula pelamin zaman dahulukala. rasa-rasa nak bersanding kali kedua, silalah ke mari ek. tapi pastikan bersanding bersama pasangan yang sama ekekeke



then, turun pula ke dapur. aku sebok menanya kat tuan rumah, adakah mereka tinggal di rumah ini? tuan rumah gelak aje dengar soalan aku yang katanya soalan ke 501 hahahhaa .. maknanya setiap pengunjung dah tanya soalan tu le. soalan feveret agaknya ahaha. yelah pelik gak tengok rumah teratur macam ada orang tinggal. rupanya dia memang tinggal sini. tapi tak rimas ke kalo ramai sangat datang berkunjung, melawat? entah, dah biasa agaknya mereka ni.



ni mak Hani dan mak Maya. riuh betul makcik berdua ni bila berjumpa hihi. meriah youuu ..



oh ya kat rumah ni pon ada bilik pengantin yang dihias seperti zaman dahulu. merasa la nak tengok camne orang dahulu kawen kan?


ni meja solek, comel ajer. Alya leka membelek kat situ. nasib baik takde menda yang menarik minat dia. ahhahaha


hemm hemm ni ngan Farish, anak Maya. dorang ni dah nak balik baru le ngam. baru le nak main sesama kalo tak wat hal memasing jer. Farish dan Alya ni sebaya, beza sebulan je umur. selalu gak jumpa tapi memasing macam tak kenal ajer ahaksss .. nanti Farish turun KL ek ..


dah abis melawat tiap penjuru rumah tu, and tanya soalan-soalan yang buat tuan rumah tu pening, kami minta diri. cuaca masih mendung and hujan renyai-renyai. memang tak syok le nak berjalan.


berhadapan dengan perumahan tradisional ni ada river cruise yang membawa penumpang ke hilir sungai Melaka tapi disebabkan hujan, memang rasa tak best je nak naik. and, rasanya lebih menarik kalo datang di sebelah malam, meriah dengan lampu-lampu. maybe next time kot.


before balik, singgah umah Maya dulu. minum petang di sana. thanks Maya sebab sudi bawa kami jalan-jalan walaupon masa cukup singkat. jumpa lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...