Thursday, May 12, 2011

Dinner kami malam ini ..

malam ni ada kuasa terlebih rajin. super power hihihi. rajin le gamaknya sebab Hani sanggup bakar ikan malam Jumaat gini haha. jangan fikir bukan-bukan hokayyy .. hihi ikan ni dah perap malam semalam and memang plan nak bako malam ni. tapi bako ataih dapo jer bukan ada kayu api pon. pastu guna frying pan jer. dari ari tu nak beli kuali macam kat kedai mamak yang dorang guna untuk tebar roti canai tu tapi belom berjaya juga nak merembatnya. kalo ada kuali atau apa orang panggil ye, kuali leper ke? kalo ada mende tu sure lagi best nak bakar-bakar ni kan? nanti le esok gi cari kat market. tu ikan terubuk masin, hubby beli masa ke Kuching last month. best makan ngan nasi panas. pastu perahkan asam limau. perghhhh ..

kali ni try bakar ikan talapia ngan kembung. benarnya baru dapat resipi dari sorang kakak ni untuk bahan-bahan nak perap tu. ari tu merasa le kakak tu bawak ke opis, sedap pulak. terus minta resipi and buat. lastweek dah try buat and kurang menjadik sebab lupa nak masukkan salah satu rencah. and try kali kedua, baru jadi. yang malam ni plak kali ketiga. hihi gila membakar je la minggu ni tu yang panas jer haha

eh pinggan macam-macam rupa ada campur aduk haha tak sempat le nak berset-set ni maklom dinner bertiga ajer. kalo ada tamu lain citer la kan. tapi yang paling penting is my hubby makan sampai bertambuh-tambuh. dia kabo kalo hari-hari macam ni best. ye la kalo isteri mu ini balik awal boleh le daku masuk dapo and masak beria. kalo letih? goreng je la telor tu bang .. hihi

sambil mama masak, Alya dok main sorang-sorang sambil tunggu papa balik. dia dok ngintai kat tingkap kot papa dah sampai. pastu tukang report kat mama kalo nampak papa dah sampai hihi. Alya skang makin notti ada je benda baru dia buat and dah boleh ajak berbual. seronok dengar dia bercakap and kalo puji masakan mama, memang terharu sangat sebab kanak-kanak jujur kalo bercakap. and paling seronok bila dia dah pandai request masak apa nak makan apa. paling dia suka ofkos le salmon.

1 comment:

aiezza.sue said...

suke gak stail bakar2 berperencah camtu, share lah resepinye kat sini, tingin nak try ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...