Thursday, April 7, 2011

Tips di Bandung ..

Aloha .. tetiba hihi .. mode; holiday.

okay, since ada juga yang bertanya beberapa soalan ngan Hani secara personal, meh Hani jawab berdasarkan pengalaman. ada juga berdasarkan pengamatan sendiri.

1. Bayaran supir untuk 1 hari?

~ Hani dapat 350k rupiah (9 pagi - 9 mlm) tapi kami balik awal but takde refund plak. supir ok, tak banyak cakap, ikot jer direction kami mahu ke mana. pendiam tapi jika ditanya dia akan jawab dengan baik dan tepat. kira tak banyak kerenah. tolong angkat barang juga. oh ya harga ini termasuk minyak kecuali parking.

2. Hotel Cemerlang, selesa atau tidak?

~ Dengan harga 388k + 150k (extra bed), boleh dikatakan selesa. ada breakfast juga. makanan boleh tahan, ada pilihan. jika tak lalu masakan mereka, boleh amik roti atau muffin. Internet pon ada cuma agak slow. Hotel ini juga menawarkan perkhidmatan spa dengan harga berpatutan. dah letih shopping, kamu boleh pegi mengurut untuk hilangkan ketegangan urat kaki. hihi.

3. Harga di Pasar Baru.

~ agak general nak jawab. sebab kedai banyak. tak boleh nak survey harga setiap kedai. Hani cuma kira congak sendiri mahal atau murah berdasarkan reasonable price. contoh; takkan t shirt sempoi 30 hengget? haaaa dari situ boleh tahu cemana kan? then jalan-jalan 2-3 kedai and compare harga baru start beli. kalo larat jalanlah 30-40 kedai hehe tu memang tak mampu acik. so, kesimpulannya harga tak jauh beza kalo ada pon 5-10 henget ajer duit kita. and kalo dia kata harga pass maknanya tak boleh ditawar, takyah beriya kita minta kurang takkan dilayannya. tatau orang lain tapi ni Hani sendiri yang kena. kalo boleh kurang memang dorang akan bagi sampai kita dapat harga yang kita ndak.

4. Harga di FOs

~ di sini harga adalah tetap. jika tag tu tulih rp69000, ko jangan la berangan nak mintak diskaun hihi memang takkan dapat. KECUALI ada diskaun atau harga murah, dorang akan asingkan kat satu tempat, boleh pilih kat situ.

di FO juga boleh gunakan cc tanpa sebarang caj. jika anda penghidap sakit jantung tegar, sila jangan guna cc kerna harga mengikut nilai wang sana dan bila kembali ke Malaysia akan diconvert mengikut rate di sini.

5. Pengemis

~ jika anda baik hati, boleh abaikan pesanan ini. kerna jika anda bermurah hati menderma barang seposen dua kepada kanak-kanak atau sesiapa yang mengemis nescaya akan ada lebih ramai datang mengekor anda ke lubang tandas sekalipon. sila berhati-hati.

6. Angkutan kota

~ kenderaan lebih kurang prebet sapu. bayar rp2000 sahaja untuk ke Pasar Baru atau ke mana saja. bersedia dengan hati yang kental jika berdepan dengan penyanyi jalanan yang berani mati melompat nak angkutan.

7. harga lukisan di Jalan Braga?

~ harga berbeza. dari range rp50000 hingga rp700000 pon ado. sendiri pilih nak yang mahal, murah. dorang kabo ni pelukis popular, dah masuk galeri so harga mahal sket. percaya atau tak, anda menilai lukisan tu. Hani beli kiriman kawan so pandai-pandai sendiri mencongak. dapat harga rp400000 and minta tawar, dia bagi rp200000, kira okay sebab masih dalam bajet terus sambar. galeri atau kedai serta pelukis jalanan memang banyak di jalan Braga, terpulang selera anda bagaimana.

8. Airport tax

~ sila asingkan siap-siap rp75000 untuk airport tax semasa balik nanti. jangan leka shopping sampai terlupa duit tax ni hehe.

9. Duit RM

~ Ada banyak kedai atau butik atau orang di Bandung yang menerima duit kita so pepandailah convert sendiri bila nak bayar tu. biasalah, bila dah shopping sakan, duit rupiah menipis so nak cari money changer memang terasa rugi jadi sila gunakan RM di sana.

10. Blouse big size XXXXXL

~ ye ramai tanya soalan ni hehe. jangan risau, memang ada size ni. pegilah ke FO, memang ada pilihan, cantik-cantik plak tu. and MURAH. kat FO SAHARA Jln Riau memang banyak. cumanya Hani berkenan ngan satu ni tapi kaler plak acik kureng. takpe dapat kat tempat lain plak hihi. Pasar Baru pon ada size besar, kena bertanya ye puan-puan. jangan dengar orang kabo size besar takde kesian big mama hihi. korang jangan risau, bawak baju sket bleh je cari kat sini baju extra.

okies, 10 soalan 10 jawapan. jika ada lagi kemusykilan and Hani mampu jawab, sila tanya direct or kt fb pon bleh. kalo malu, sms jer hihihi. jangan risau, semua yang pertama kali pergi mesti ada banyakkkkk soalan kan?? insyallah Hani cuba jawab sejujur, setepat yang boleh.

nak kuar lunch dulu. kang sambung. tata.

4 comments:

Amiizaa2001 said...

salamss hani,

boleh bagi akak website hotel yg hani menginap tu tak? tq byk2 yer..

azian said...

hani...
tak sabo nak g...hehehehhe...thanks sharing tips ni...

azian said...

HANI...THANKS SHARING...
tak sabooo nak g..hehehe

Anonymous said...

salam hani,

supir service ni awak amik kete utk bape org?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...