Thursday, March 31, 2011

Sayonara Bandung ..

31.03.2011, Khamis. last day di Bandung. trip kali ni cuma 3 hari ajer. maklom pertama kali pergi, tatau cemana situasinya. tapi alhamdulillah, dari info kak zuraidah, kawan di ofis yang saban tahun pegi ke Bandung (kami kata dia balik kampong every time dia ke sini hihi) memang kami manfaatkan sepenohnya info dari beliau. bila dah every year pegi Bandung, kak zuraidah ni siap lukis peta dari Hotel Cemerlang ke Pasar Baru dan FO sekitarnya penuh confident. memang terer. dah otai Bandung.

and, terima kasih secara tak langsung kepada kawan-kawan di forum cari (thread pelancongan). walau tak kenal muka atau siapa tapi info dari mereka memang mantap. itulah orang kata, pengalaman dikongsikan ibarat ilmu yang perlu disebarkan. thanks all ..

info dari sumber-sumber di atas memang Hani compile, siap simpan dalam notebook and bawak dalam folder ke sana. bukan apa, pertama kali pegi ke negara luar and tempat tu pulak asing so kenalah ada maklumat yang tepat dan penting. nak shopping pon kena ada schedule okiesss hihi. tapi dengan info semua tu la yang menjayakan trip kami ni. selamba je sebut nama jalan-jalan tertentu dengan confident macam penah sampai haha. and, alhamdulillah juga kami selamat dari musibah seperti penyeluk saku, kecurian, kecuaian, penipuan atau kehilangan barang serta kemalangan. walau trafik kat sini berani mati tapi kami tempuhi jua dengan selamat, aminnn ..

Hani pon cuba berkongsi info dengan kawan-kawan yang sudi singgah di blog ni. insyalah jika ada soalan, boleh jer tanya. nak add kat fb pon boleh, jangan segan-segan eh. maybe ada info Hani tak lengkap, harap dimaafi insyallah akan cuba diperbaiki dengan kadar segera.

well, perjalanan pulang ke Malaysia selamat dan tiada sebarang masalah. berat bagasi pon tidak melebih 30kg. nasihat ikhlas Hani, tidak mengapa jika kamu amik berat maksimum 30kg walau rasa tak beli barang banyak. bimbang nanti terlebih shopping, terlebih berat dan kamu dikenakan bayaran bagasi yang berganda-ganda mahalnya. so, bayarlah hanya RM25 sahaja instead of beratus ringgit (ramai kawan-kawan Hani terpaksa bayar time kat airport, ni kes terlebih berat). yelah sampai sana semua menggoda, semua nak beli. tak cukup rupiah yang dibawa, boleh swipe cc kalo tak cukup uanggg hihihi .. hah menjawab la ko nak bayar extra luggage tu nanti.

ni muka yang happy sangat bila selamat di negara terchenta. oppsss jerawat pon ado penangan kacang Bandong yang shedappp tuuuu ... hihi


jumpa lagi. jika ada lagi info, gambo yang terselit later Hani masukkan dalam next entry.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...