Wednesday, March 2, 2011

Kemalangan ..

Salam ..

Baru berkesempatan nak update blog. hari ni still on audit and lawatan Sultan. and, aku dok dendiam kat ofis menunggu giliran di audit hahaha. and skang tengah hujan pulak.

Hari ni Hani dikejutkan dengan berita sedih dari Ayin, babysitter Alya. kebetulan hari ni Alya dok umah ibu (previous babysitter) sebab Ayin tak sihat, dia kan sedang mengandung 3 bulan skang. tengah hebat morning sickness. and on future Alya kena move ke rumah ibu plaks. hikhik macam pass button. eh lari topik plak.

and, berita sedihnya bila Ayin call bagi tau husbandnya, Izan accident. Ayin ke klinik pagi ni and memang dah inform Hani maybe tak dapat jaga Alya today. nasib baik ibu ada so terus hantar Alya ke rumah ibu. then Ayin balik dari klinik call Hani, dia ingat nak jaga Alya sebab dah okay sikit but Hani suh dia rest ajer ari ni. baru dia nak lelapkan mata, hospital call bagi tau Izan accident and ada kat hospital Sg Buluh.

Ya Allah .. Hani terkejut betul ialah baru je lakinya balik amik dia bawak ke klinik dekat ngan rumah tu. alih-alih dia pulak yang accident. itulah orang kata malang tak berbau kan.

lunch tadi Ayin call. dia dah sampai hospital. Izan belum sedarkan diri lagi. maybe doctor bagi ubat untuk dia rehat. kaki kiri patah. peha retak, jari hancur. not sure citer sepenuhnya sebab Ayin tengah menangis. nak cakap apa pon takut dia tambah sedih, asik cakap sabar ye sabar ye .. tu je mampu Hani cakap.

lepas balik keje kang Hani nak gi sepital lawat Izan. moga dia tidak mengalami kecederaan teruk.
tambahan pulak Ayin tengah mengandung, harap dia kuat.

Ayin ni bukan setakat my babysitter jer tapi pernah menjadi kawan, housemate Hani before kawen dulu. skang pon still duduk area apartment yang sama. macam dah jadik sedara sendiri. so memang terasa sedih bila dia dan keluarganya ditimpa masalah begini. moga Allah memelihara dia dan kandungannya supaya kuat berdepan dengan musibah ini, aminnnn ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...