Wednesday, March 30, 2011

Kain Kapas idaman kalbu ..cotton Bandung!

Ini antara cotton yang Hani beli. cantik di mata ku le semestinya hehe. lain orang lain citarasa so kalo rasa tak cantik di mata kamu, abaikan saja hihi.

cotton ni memang banyak, sampai rambang mata dibuatnya. buka yang itu, belek yang ini. and, yang penting kena bentangkan luas-luas kain ni barulah nampak coraknya. kalo ikotkan hati dan nafsu tamak haloba ni memang nak angkut kesemuanya tapi bila memikirkan jutaan rupiah makin menyusut maka cukuplah dengan 8 pasang cotton sahaja. selebihnya, tunggu next trip. insyallah .. (mode berangan nak ke Bandung)

eh eh jangan salah faham yer, cotton ni ada di antaranya nak dibuat baju Alya, ada yang nak bagi mak, nak bagi kakak and selebihnya baru baju raya Hani. bagusnya korang dapat tengok baju raya ku in advance hehe.

sila cuci mata hehe ..



















memang banyak pilihan kan? kualiti pon boleh tahan. nak mahal dan berkualiti boleh pilih range harga dari 90k rupiah ke atas. tapi yang 100k rupiah untuk 4 meter pon dah kira cantik. jangan terkeliru dengan bidang, ada bidang 45 and 60. so kalo bidang 60 rasanya harga lebih sedikit dari bidang 45. tapi yang penting, harga memang masih murah jika dibandingkan di sini. oh ya sempat juga berbual dengan tokei kedai, mereka kata JAKEL pon import kain dari sini untuk market Malaysia. so tak heran la kalo JAKEL boleh jual murah-murah di sini. lace pon sama jugak. sapa nak kawen, boleh shopping di sini. memang murah dan banyak pilihan. tukang jahit pon ado cumanya tak pasti sedap atau tidak jahitan mereka. ala, beli je kain pastu jahit je kat taylor kita. pon puas hati nanti kann?

so raya tahun ni berbaju cotton la kita hihi .. (benarnya dari tahun lepas lagi dah bercotton bagai ni hihi)

1 comment:

Amiizaa2001 said...

salamss kenal hani,

bgslah blh jdk guideline akak nak prg sana july nanti. update semua tau:):)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...