Tuesday, March 29, 2011

Hotel Cemerlang di Bandung ..

Okay, kami dah sampai di Hotel Cemerlang terus check in sebab dah hampir pukul 1 tengahari. perut pon dah lapo. nasib baik juga hotel ni boleh check in awal. yelah, selalunya lepas pukul 2 petang baru bleh masuk bilik kan? so lepas check in, bayar deposit dahulu dalam 650k rupiah jer.

Hotel Cemerlang ni terletak di Jalan HOS Tjokroaminoto, 45 (Pasirkaliki) bersebelahan dengan hotel Hilton. boleh dikatakan terletak di tengah-tengah bandar and senang kalo nak naik angkutan atau bluebird.

kami amik superior room + extra bed = 388k rupiah + 150k rupiah bersamaan dengan RM377.00 (bahagi 3 orang = RM126.00 sahaja) termasuk sarapan pagi. rasanya amat berpatutan sangat dengan servis dan kualiti yang diberikan. nak hotel best, rega pon best la. tu sebelah jer Hilton hahahaha.

gini le ghupernya Hotel Cemerlang (Gemilang, Terbilang hihihi) tapi memang puas hati sangat la. bersih dan selesa. sila klik HotelCemerlang@com.my . oh ya aku  nak bukan promote ke haper takde dapat duit komisen pon just nak share ngan readers let say korang nak ke sana. so boleh lah tambahkan list hotel yang okay dalam booklet korang. kalo tak okay tak koser aku share sini kang kena kondem balik kangg hihi ..

ni time nak check in. rasanya hotel ni tengah buat ubah suai so lif tak dapat digunakan and kami bernasib baik dapat bilik di tingkat 1 ajer so takdelah mengah panjat tangga hehe.

tadaaaa .. ni dalam bilik hotel. wahhh rasa nak landing jer time ni tapi perut lapo hahaha. so kemas-kemas apa yang patut and snap picas 2-3 keping and terus blah. hehe Pasar Baru dah panggil hahahhaha .. extra bed dorang anto lepas kami kuar tapi sempat nampak dorang nak masukkan bed dalam bilik. memang dorang care about customer sebab cepat buat keje bila tau kami dah sampai.


aik dalam toilet pon sempat snap? poyo betul hahaha ..

yang ni plak dining hall. luas dan selesa. nak amik makanan pon senang ajer. pastu kat sini memang ada WIFI. berinternet le sampai lebam, dorang x kisah pon hihi


oleh kerna hanya makan semasa sarapan sahaja so ini je la menu yang ada. kira boleh lah nak alas perut. takleh nak demand gulai ayam masak lomak cili api ko, mee goreng mamak nasi pattaya ko hahahha .. roti pon ada kalo tak lalu nak makan nasi goreng cina dia. tapi nasi goreng cina dia boleh tahan. tahan la nak sampai tengahari lunch karang. takleh demand yer melainkan ko duduk kek Hilton hahaha ..

ni yang daku makan. nasi goreng cina, kuetiew (takleh blah hihi), goreng ayam. and roti yang agak sedap.


senyum tu tanda senang hati. makan pon sodappp .. hahahhaa ..

okies, citer hotel dah abis, lepas ni nak citer pasal shopping plak. ai tahu ramai yang tunggu segmen ni ek. ye ke? (perasan je aku ni hihihi) mode Bandung still in.

oh ya lupa plak, hotel ni juga ada spa. yang kelakarnya spa tu bersebelahan ajer dengan bilik kami. so bila balik ke bilik, mandi bersihkan badan terus terjah spa nak urut kaki yang dah lenguh ni. hani sempat amik pakej Facial + Relaxing Massage berharga 185k rupiah. memang best. terbaik youuu ..

daaaa ..

7 comments:

ammi said...

waaaaa..syoknya jalan2

mazni said...

As salam Hani, hi...

saya mazni, just nk tnye sket la...bln 7 ni saya 1st time jgk nk ke bandung.so, igt nk stay kat hotel cemerlang ni sbb nmpk cam ok. RM377 tu utk brapa hari stay? pengankutan mcmana lak? dekat x area FOS & Pasar baru? pls reply ...tq!

Hani said...

Salam Mazni, tq sebab singgah blog Hani.

RM377 tu untuk 2 malam termasuk extra bed. dalam rupiah, 388k + 150k x 2 mlm = 1076 x 3.5 (rate semasa hani pegi) = dapatlah rm377.00/room. kiranya 1 blk share 3 org, 1 queen bed + 1 bed. kalo takde extra bed cuma 388K sahaja (rm135).

supir plak hani dapat 350k/day = rm122.00

kalo dr hotel ke pasar baru dalam 10 minit naik angkutan (tut tut).

FOs ada berdekatan dengan hotel, boleh jalan kaki.

have fun!

** anything bleh je drop by tanya hani again ok.

AttaM HaNi said...

salam kak hani.. kak,murah la kak hani ambik supir tu..kak ada no fon supir x?? saya nk g bandung bln 1 nie.. tgh mcari supir yg murah..

AttaM HaNi said...

salam kak hani.. kak,murah la kak hani ambik supir tu..kak ada no fon supir x?? saya nk g bandung bln 1 nie.. tgh mcari supir yg murah..

Noraishah Ismail said...

leh bg no tepon supir tu...tq ...emelkan kat snoraishah@ymail.com....

Noraishah Ismail said...

bg no tepon supir...tq...snoraishah@ymail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...