Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432 H ..

Salam Maal Hijrah 1432 kepada semua umat Islam.

Semoga tahun baru dalam kalendar Islam ini membuka lembaran baru kepada kita semua. Semoga tahun baru ini juga memberi satu sinar yang penuh beerti, sinar yang membawa lebih cahaya keimanan kepada Hani, kepada suami, dan kepada seluruh umat Islam amnya.

Kita buka lembaran baru. semoga tahun ini lebih membawa kebaikan, lebih diredhaiNya, dan diri ini lebih menghayati maksud Islam sebenar dan mendapat hidayahNya, insyallah.

Harapan Hani, semoga dunia lebih aman. semoga tiada peperangan yang menghancurkan umat Islam. semoga Islam terus dimuliakan sebagai agama yang suci, amin. semoga umat Islam kembali menilai pegangan hidup kita selama ini. adakalanya kita alpa akan usai tanggungjawab kita. Kita terkhilaf.

Ya Allah, Kau berikan kami petunjukmu semoga tahun baru ini kami tidak lalai lagi. Kau berikanlah kebahagiaan, keinsafan, keazaman dan kesejahteraan kepada keluargaku, kepada orang tuaku, kepada seluruh umatMu, aminnn ..

Insyaallah!

1 comment:

@yue said...

salam maal hijrah..

aku ada tag ko yek..hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...