Wednesday, November 24, 2010

Al Fatihah - Blogger Aishah

Al Fatihah kepada blogger Aishah - http://aishah-kenanganterindah.blogspot.com/

Aku benar-benar terkejut nih. masih berdebar nih. sebab dah 3 hari tak bukak blog. aku cuti senin. pastu selasa busy keje. ari ni baru ada can masuk blog. tu pon sebab boss dah gi site.

terkejut sampai nak berpinar mata aku baca entry link - BEN ASHAARI. Ahad lepas aku ada buat entry "Blogger In Da House" amik dari blog beliau. saja masuk sebab aku suka blogwalking.

ramai juga yang saling menjengah dalam blog aku dan orang pertama yang bagi komen ialah arwah Aisyah nih. aku lom sempat nak balas kunjungan beliau. tadi masa bukak blog memang dah klik siap2 kat reply comment tu sebab nak follow beliau tapiiiiiiiiiii .. bila mata aku terus tertumpu kat blog BEN. memang terkejut.

Ahad lepas baru jer aku buat entry tu and dia pon turut buat entry yang sama. Isnin beliau meninggal, khabarnya disebabkan terjatuh di bilik air, meninggalkan 6 orang cahayamata termasuk pasangan kembar 3. oh sedihnya. aku masih terkedu. benarlah, ajal maut di tangan Dia. kita kena bersedia. bila-bila masa.

Al Fatihah untuk arwah, moga rohnya ditempatkan di kalangan umat yang beriman.

** tak sempat nak say thanks kat dia ..

1 comment:

✿....rossa alina....✿ said...

sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah.. :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...