Wednesday, October 13, 2010

Walau Syawal sudah berakhir ..

Ni citer semalam. tak sempat nak upload semalam so ari ni baru ler boleh buat entry. kira okay la dari takdak entry kan? sendu jer blog aku ni muahahhaa ..

majlis ni untuk hari raya tapi dah terlebih raya baru sempat buat. abih tu, asik penuh jer schedule takde masa langsung. kira okay la dari tak buat langsung kan? tempat korang sure dah abih open house or open opis kan? semalam menu memang sedap. ada yang tambah sampai 3 kali kooo! bukan aku yer, aku tambah 2 kali jer ekekekkee ..

antara menu semalam .. nasi tomato. dipadankan dengan ayam masak kari ke rendang ke? lebih kurang la sebab aku tak makan ekekee ..


haa yang ni ler aku makan sampai tambah 2 kali. dry fried spaggeti. ni caterer yang sama aku mention dalam entry before ni. aku suka makan spagetti meatball dia. Kak Kat, ni free promote ek. nanti hulu-hulur le spagetti kat boss suh bawak mai opis yer .. ekkee


ni kek karot. buruk betol bunyi ahahahha carrot cake .. bawahnya moist chocolate. sungguh shedappp!

fruits yang warna-warni. segar dan cantik.


tidak dilupa sate ayam dan daging. yang ni bukan sate samuri tapi order dari somewhere. aku tak ingat kat mana tapi memang berani kabo sate ni lebih sedap, lebih wangi dan lebih baik dari Sate Samuri. nak promot tapi tatau kat mana nak order kekekkee ..


kali ni aku kuarkan muka-muka yang lom pernah korang tengok kan? mana le tau kot ada yang baca blog aku ni pastu ada plak antaranya kawan-kawan korang. setahun sekali je peluang ni ek .. so, sila perati betol-betol mana le tau kut ada kawan-kawan yang lama terpisah muahahahhaa .. 

poyo jer kannn? ahakss ..

paling aku suka gambo ni. sebab nampak scenery cantik. ekekkee .. yang penting nak tayang sutera crepe digital dari Terengganu yang pernah aku promot entry before ni. memang cantik dan selesa pakai. tak rugi beli harga RM300. kalo nak, boleh contact Hani okeh! sempat promot lagi yer.

terselit juga jejaka nan sorang nih. ni Iwan, jejaka nakal kat opis nih. hahahhahaa sebelahnya Gee dan Irma, practical student.
see betapa meriahnya majlis semalam. ramai yang datang sampaikan takdek kerusi nak duduk. maklom opis ni bukan besar mana pon so mereka selesa bersila. nasib baik ada tikar buruk ni yer ..

haa ni ler kawan baik aka kakak aku aka jiran aku hahahhahaaa .. Kak Nana makeup ni boleh dihubungi jika anda perlukan mak andam untuk majlis nikah kawen atau apa saja majlis. comel betol dia ni walo anak dah 2 orang ek .. promot lagi ahaksss ..


tengok, walo tengah sebok layan tetamu, meriah sana sini tapi tugas-tugas di pantry tetap dijaga. kerna acik tea lady kami sudeh diwatammatkan servicesnya makanya kami terpaksa mengambil alih tugas-tugas di pantry. apa nak kisah, bukan keje luar biasa pon kan? ini kan tugas hakiki wanita seperti kita .. ahaksss ..

rasanya inilah antara special photo kali ini. kerna, inilah team Denai Alam dari 2004. kami bertiga. ye, bertiga. tetapi, mungkin selepas ni ada yang terpaksa meninggalkan team ini. Good Luck Kak Shida!

banyak lagi gambo tapi korang bukan kenal pon mereka ekekeke .. tapi apa-apa pon memang enjoys semalam. sampai senak perut bergelak sakan. kenyang pon kenyang sampai ke malam.

ehhh nak letak juga ni. hadiah dari salah sorang tamu yang datang. bukan untuk Hani tapi untuk puteri berlian daku, Alya. murahnya rezeki budak ni, ada je hadiah even dah lepas majlisnya. kawan ni baru berkesempatan nak hulurkan present buat Alya sebab tak dapat hadir masa majlis besday ari tu. takpe, tak kisah pon benarnya yang penting Auntie Mas tetap ingat pada Alya. Tq auntie!




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...