Monday, October 4, 2010

2nd Birthday Bash Alya - Part II

Ni sambungan dari entry birthday bash Alya. td punyalah susah nak upload gambo sebab server slow ya amatttt .. ni pon takdelah citer apa pon just nak letak gambo yang sempat snap lepas majlis. before maghrib dah mandi, tuko baju bagai. gile panas berkurung-kurung ni. kepala pon dah migrain. biasalah kalo dah buat majlis macam ni memang sebok. sebok melayan tetamu pastu kepenatan sebab sume benda kena buat. sambil layan tamu sambil lari ke dapo goreng nugget, celur mee, goreng bihun, tambah air. pendek kata kalo boleh nak jadi superwomen la kononnya hihihi .. takpe yang penting semuanya sudah selesai dengan selamat dan sempurna walaupon aku tau ni benornya nak sedapkan hati sendirik. harap-harapnya tetamu yang datang kali ni tak serik nak datang lagi.
and, harapan hani dan suami, moga besday Alya tahun 2011 dapat disambut di kediaman yang bertanah wkakaka tak hingat ayatt .. yelah, kalo dok apartment ni leceh sket nak jempot orang. keluasan terhad. itu pon nasib baik unit depan takdak orang boleh gak la numpangkan kerusi ka barang-barang ka so takdelah umah sesak.

ni tengok besday girl terus pengsan tido lepas maghrib. dah mandi tuko baju sedar-sedar dia dah lelap bawah sofa ekekekek ..

ni kek pon dah tinggal sebaris jer lagi. sedap betol kek nih. aku cukup suka. memang akan keep order ngan kakak ni je la next next nextttt .. insyallah ..

dalam kul 9.30 tamu datang lagi. En Zul, exec hani datang ngan wife dan anak2 beliau. alamak gambo lupa nak upload. nanti-nanti la letak ek. lepas dia datang, dah makan sume, muncul plak kak Nana, jiran aka bestfriend aka opismet aku. macam jauh benor duduknya walhal bawah tangga jer hikhikhi .. borak-borak dah dekat kul 12 tgh malam rupanya. dorang pon beransur pulang. aku start le ngemas sket-sket.

Alya pon masa dorang datang dah bangun bila dengar sore budak-budak. abih le budak-budak tu kena buli sebab Alya ni suka mendebik orang. kemain dia mendebik bila budak-budak tu usik hadiah-hadiah yang dia dapat. amboi kedekutnya ko Alyaaaa ..

hadiah-hadiah yang masih selamat belom dibuka dek Alya. yang lain-lain dah wattamatt .. ekekke .. belom sempat orang tu balik dia dah bukak hadiah orang bagi .. adoi le anakkk ..


ni salah satu hadiah yang dia dapat. troli. senang le nak pasar ye Alyaaa ..

tengok, dia dah mula kelebek paper bag tu. yang si maknya, mana-mana hadiah yang ala-ala advance tu memang simpan cepat-cepat. sebab kang bukak awal-awal berhabuk or bukan Alya guna pon. tunggu masa yang sesuai nanti baru bagi kat dia. sayang la kannn ..


ni turtle hadiah dari uncle Mahzan. memang kebetulan la sangat sebab Alya suka sebut turtle and cukup suka tengok kalo kat National Geographic tu. bagus jugak hadiah ni sebab dia tak jahanamkan kalo suka sesuatu tu ekkekeke ..
tengok munggah lagi sambil papa dia dok jeling-jeling. tau je la budak ni dia bukan reti sayang harta-benda. kejap je dia lantingkan ke lantai ke dinding muahahaha ..
haa dia gi dekat papa suh layan dia nak main bear wakkakaka .. papa tengah tengok bola revision ekekekek .. layan la papa sian anak dara papa tu ..


layan la jugak bila budak tu dah kuar siren muaahhahahaha ..

lepas tu mula le aktiviti dia. mula-mula elok jer dia masukkan bear-bear lam troli and tolak. pastu dia terbalikkan troli bila dah naik boring muaahahhaa ..

pastu konon nak kenen-kenenkan bear kesayangan (warna cekelet) ngan bear baru (warna putih) bear kesayangan tu memang dia heret ke mana hatta lam bilik air sampai aku lanting ke luar ekekeke .. tapi dia memang sayang sungguh ngan bear cekelet busyukkkkkk  tuu .. ni besday kali ni dapat 4 bear pon still dia tak heran. dia tetap peluk cium bear cekelet tu ..

ekekeke troli dah kosong dia sebok ajak mama gi amik barang kat dapo plak. suh bubuh lam troli. sempat le jugak dia capai botol nescafe kat rak sebelom maknya naik hantu meroyan suh simpan balik wakakkaa ..


and lastly dia letak jugak la bear tu lam troli and pusing-pusing keliling rumah sebelom dia humban troli and bear tu bila dah bosan wakakakka ..

sekian entry tuk besday Alya. takdak 3rd entry pon. kalo ada pon selingan ajer. gilalah beli DSLR bagai tapi gambo ciput jer kannn .. muahahhahaa

2 comments:

Juliana Jalil said...

tercarik2 idea untuk my daugther first birthday celebration this month, found your blog. nice blog :)

Hani said...

Juliana Jalil, thanks for singgah my blog. simple aje birthday celebration masa nih. biasalah little girl masih belom tahu nak pilih cake apa. now, she pick herself hehe complete with goodies bag, food and friends :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...